Friday 20 March 2015

SIRI 1 UNDANG-UNDANG ISLAM: SEJARAH YANG DILUPAI

Posted By: Unknown - 07:02:00

Share

& Comment

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."
Surah al Maaidah: 50

Malaysia umumnya terus digasak dengan pelbagai isu yang sentiasa menjadi tarikan rakyat keseluruhannya. Sistem percukaian zalim yang tak kenal taraf hidup konsumer. Ketirisan skandal 1MDB, permasalahan penghakiman kes Anwar Ibrahim, kebejatan sistem pendidikan Malaysia yang tercorot di mata dunia dan banyak lagi lambakan konflik-konflik yang terus menghantui jiwa raga orang awam.

"People who forget the past are condemned to repeat it again and again."

Pulau Pinang merupakan territori terawal di semenanjung menerima pengaruh British apabila pasukan marin diketuai Francis Light mendarat di sana pada 12 Ogos 1786. Francis Light juga telah meminta kebenaran atau dalam perkataan sebenarnya 'mengugut' Sultan Kedah untuk membayar sejumlah 'wang' dan sebagai ganti, Light dan angkatan marinnya dapat menduduki Pulau Pinang.

Konflik perundangan (legal chaos) pertama tercetus apabila timbul persoalan adakah Penang merupakan 'ceded territory'; mendapat kebenaran untuk menduduki Penang atau 'settled territory'; jajahan. Jawapan kepada soalan ini juga akan menentukan Penang mempunyai undang-undang tempatan (lex loci) ataupun hanya sekadar kawasan tiada penduduk (terra nullius). Light mendakwa Penang mempunyai zero penduduk sedangkan menurut kajian kebanyakan sejarawan, terdapat perkampungan nelayan Melayu Islam sekitar persisiran pantai di Penang pada masa itu.

Light tetap berkeras dengan pendiriannya bahawa Penang merupakan jajahan takluknya tanpa ada kaitan dengan pemerintah tempatan hingga membawa kepada penggunaan undang undang England untuk menyelesaikan kes (disputes) Ketegasan wakil British pertama itu membawa kepada perubahan landskap politik, aspek sosial dan jenis perundangan yang terpakai di situ.

Pada masa yang sama, di Sabah dan Serawak pula menerima pengaruh British pertama apabila James Brooke menjalankan invasi terhadap penduduk tempatan dan Syarikat Hindia Timur India pula memainkan peranan sebagai proksi British untuk mengeksploit rakyat tempatan.

Kegagalan para pemimpin tempatan menangani konflik penjajahan secara terus oleh Britsih meniup semangat kebangkitan anti-penjajah pada masa itu. Antara nama-nama besar yang menjadi figura dan lambang kesungguhan rakyat bagi menghalau para penjajah ialah Syarif Masahor, Tuan Guru Abdul Rahmam Limbong, Tok Kenali, Mat Salleh dan banyak lagi.

Siri siri penjajahan secara menyeluruh oleh British terutamanya dari segi perundangan membawa kepada implementasi undang undang asing yang jelas bertentangan dengan norma dan etika masyarakat tempatan pada masa itu. Tanpa mengambil kira kepentingan penduduk, British terus menjayakan misi mereka dengan mengimport hakim hakim serta semua kes kes jenayah dibicara oleh mereka walau jauh berbeza dengan normaliti penduduk pada masa itu.

Pengenalan sistem perundangan Barat secara rasmi apabila Civil Law Enactment 1937 - Civil Law Ordinance 1956 - Contracts Ordinance (dimodelkan menurut Indian Contracts Act 1872 dan Indian Penal Code 1860. Deretan akta-akta ini boleh dianggap sebagai pengisytiharan secara rasmi bahawa English Law terpakai di Malaya.

Islamisasi di Malaya teruk terjejas apabila campurtangan secara langsung oleh British dan dibantu oleh 'anak buah' mereka yang terdidik dengan sistem pendidikan Inggeris.

RJ Wilkinson berkata, "There can be no doubt that Moslem law would have ended by becoming the law of Malaya if British had not stepped in to check it."

Tuntasnya, sejarah awal Malaysia menyaksikan pelbagai asakan daripada pihak luar untuk mengubah landskap negara secara holistik hingga agama diasingkan daripada 'public life' dan pemerintahan atau dalam erti kata lain, penjajahan untuk mensekularkan masyarakat melalui proses yang amat lama. Sejak daripada runtuhnya Kesultanan Islam Melaka pada tahun 1511 hasil ekspedisi Alburqueque atas nama Gold, Gospel dan Glory hinggalah saat watan ini dimerdekakan. Dan, proses itu masih berjalan tanpa henti hingga saat anda membaca artikel sulung saya ini.

Al Muharrik,

20 Mac, 2149 hours, Petaling Jaya,
#IhfazhillahYahfazka

By Unknown

Sayyid Badiuzzaman Atau Nama Sebenar Tuan Badiuzzaman meupakan mahasiswa jurusan Undang-undang yang kini sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).

0 comments:

Post a Comment