Tuesday 17 March 2015

RUHAMA'U BAINAHUM DAN AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

Posted By: Unknown - 05:56:00

Share

& Comment

RUHAMA'U BAINAHUM & AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

Mencegah kemungkaran perlu dilakukan secara sistematik dan teratur. Baru kita akan nampak kesannya. Bukan main semberono hentam.

Begitu juga kerja kerja amar ma'ruf.

Tambahan, amar ma'ruf dan nahi munkar merupakan suatu kewajipan dan semua Muslim tertakluk kepada taklifan amar ma'ruf dan nahi munkar sebagaimana digariskan oleh Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi dalam bukunya, al Wajib li as Syabab al Yaum.

Amar ma'ruf dan nahi munkar pula bukanlah sejenis liabiliti yang ringan sebagaimana solat. Ia jelas berkait rapat dengan menonjolkan 'apa' yang dicintai Tuhan walaupun 'apa' itu dibenci oleh seluruh makhluk.

Perkara ini jelas dilihat apabila baginda langsung tidak dibenci dan sangat disayangi Arab Quraisy walaupun ketika itu baginda beramal dengan ajaran agama Hanif hinggalah baginda zahirkan 'keislamannya' buat kali pertama di Bukit Safar. Termasuk bapa saudaranya menjadi musuh oleh sebab keislamannya itu mendatangkan conflict of interest dalam kalangan pembesar Quraisy yang cinta akan dunia: pangkat, kuasa, pengaruh, harta dan perempuan.

Diriwayatkan dalam hadith ke 19 Imam Nawawi oleh Imam Tarmidzi,
"Jika ada sesuatu kaum yang berkumpul untuk mendatangkan kebaikan kepadamu, nescaya mereka tak akan mampu mendatangkan kebaikan kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu....." Begitulah juga sebaliknya.

Sebagaimana seseorang itu wajib berpuasa dan berzakat, begitulah juga kewajipan untuk amar ma'ruf dan nahi munkar.

Kecenderungan hati terhadap sesuatu aliran dan kelompok tanpa didasari keimanan akan membawa kepada fanatisme dan taksub hingga sanggup bergadai prinsip mengiyakan maksiat dan dosa.

Ukhuwwah dan Ruhama' bukanlah alasan untuk berkompromi dalam kemaksiatan dan pengkhianatan. Bahkan, amar ma'ruf dan nahi munkar-lah merupakan manifestasi ikatan ukhuwwah dan ruhama' antara kita.

Salam ukhuwwah!

Al Muharrik, Petaling Jaya,
17 Mac, 2028 hrs,
#IhfazhillahYahfazhka

By Unknown

Sayyid Badiuzzaman Atau Nama Sebenar Tuan Badiuzzaman meupakan mahasiswa jurusan Undang-undang yang kini sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).

0 comments:

Post a Comment